Kasih sayang terlalu indah untuk dikenang..begitulah indahnya bait - bait lirik lagu tersebut. Entah mengapa perasaan saya saat ini begitu merindui kedua ibu bapa saya di rumah. Memang benar kata orang kita tak akan merasai perasaan rindu jika tidak pernah berjauhan. Saya akui kata - kata tersebut, sebagai seorang anak yang tidak pernah berjauhan dari keluarga ia satu pengalaman baru bagi saya. Dulu semasa tinggal bersama saya tak pernah melalui perasaan rindu begini, namun sekarang jika mempunyai waktu senggang walau sekejap saya sudah rindu menghubungi ibu dan ayah.
Mungkin ada diantara pembaca yang pernah merasakan apa yang saya rasakan sekarang. Jauh dari kampong halaman dan merantau mencari rezeki di tempat orang mungkin ada yang terbiasa berjauhan begini. Bila tiba waktunya untuk pulang ke kampong berhari raya ramai yang sudah merancang bercuti selama seminggu dan saya sudah mula memahami semangat balik kampong itu sebenarnya.
Saya sejujurnya tidak pernah berjauhan dari keluarga. Walaupun saya anak sulung seboleh-bolehnya saya tidak mahu berenggang dengan mereka, jika saya bersekolah asrama sekalipun saya akan pulang ke rumah setiap minggu. Apabila sudah mula bekerja saya juga bekerja di tempat yang berhampiran dengan rumah orang tua saya. Namun pengalaman 3 bulan berjauahan dengan mereka sekarang membuatkan saya lebih menghargai ibu bapa saya.
Kasih sayang terlalu indah untuk dikenang..begitulah indahnya bait – bait lirik lagu tersebut. Entah mengapa perasaan saya saat ini begitu merindui kedua ibu bapa saya di rumah. Memang benar kata orang kita tak akan merasai perasaan rindu jika tidak pernah berjauhan. Saya akui kata – kata tersebut, sebagai seorang anak yang tidak pernah berjauhan dari keluarga ia satu pengalaman baru bagi saya. Dulu semasa tinggal bersama saya tak pernah melalui perasaan rindu begini, namun sekarang jika mempunyai waktu senggang walau sekejap saya sudah rindu menghubungi ibu dan ayah.